Tuesday, January 26, 2010

AKU MASIH BERNAFAS....

Kalau aku tak siapkan entry ni, mksdnya sejarah akan tercipta...bulan tanpa berblogging. Dengan itu sedaya upaya aku kena siapkan jugak satu entry pada bulan pertama dalam tahun 2010 ini.
Jika ditanya nape tak seaktif dulu dlm dunia blog...jawapannya adalah...TAKDE APA2 ALASAN. Kalau nak bagi alasan bz dgn kerja, org lain pn bekerja jgk. Kalau blh 2010 ni aku nak kurangkan la beri apa2 alasan atas sesuatu yg tidak produktif.
Sejujurnya aku rindu utk berblogging semula. Satu ketika seronok di buai dgn dunia fb...tp kini dah tak sangat. Nape? Sama alasan dgn sorang rakan, aku jelak dgn telatah insan2 yg dikenali yg menceritakan hal kehidupan yg remeh temeh..tunggu pakwe datang g jemput makan pn nak diwar-warkan kat fb, tahu la ada blackberry yg mahal n sofistikated, tp agak2 la. Jd la sorang yg dewasa. Ditambah lagi dgn upload pic yg sesuai ditonton oleh seseorang yg telah halal disisinya. Namun ianya menjadi tatapan mata seantero dunia. Meluat n kasihannya pada mereka2 yg cetek pemikiran ni. Bl ckp mcm ni...bukan la nak tunjukkan aku ni bagus sgt. Tp sama-sama fikir la contoh2 di atas yg diberi tu. Mcm hampeh je kan.
Dikesempatan ni jgk jika ada apa2 perlakuan aku yg menjelakkan tegur la ye kawan2. Tp secara diplomasi la yer. Maklumlah, aku ni dalam kategori individu yg punyer elemen API. Faham2 je la...kalau api tu mudah jer nak membakar n terbakar. Hehe.
Ok kawan2...sebagaimana tajuk entry di atas, dengan munculnya entry pertama di tahun 2010 ini, sebagai memberitau bahawa...AKU MASIH BERNAFAS LAGI....AKU MASIH ADA LAGI..di dunia yg fana ini...wl apa jua rintangan akan ku tempuhi. Moga kt sama2 seteguh karang di lautan untuk menempuhi onak dan ranjau dlm kehidupan.
Adiosssss.

2010 akan berusaha utk mengurangkan pp dari sebesar saiz di atas

Monday, December 21, 2009

TAHNIAH -SKUAD BOLASEPAK SUKAN SEA XXV

Apalagi untuk diperkatakan... Semuanya telah jelas dan nyata.
Sekitar detik 7.56 petang (waktu Msia) 17 Disember 2009, Skuad Bolasepak Msia bawah 23 tahun telah membuktikan...Malaysia kuasa bolasepak Asia Tenggara yang baru dengan menjuarai pingat emas sukan sea di Laos.

Detik itu....tiada jeritan gol....spontan lafaz Alhamdulillah diucapkan tanda kesyukuran kepada Ilahi. Seperti kata Adam @Umie, inilah hadiah tahun baru Maal Hijrah 1431. Agak-agak keterlaluan tak kalau kami menyatakan sedemikian?

Sejujurnya air mata kegembiraan telah mengalir dari pp. Amat mengharukan kejayaan ini. Kesungguhan dan segala pengorbanan telah dicurahkan. Syabasss pejuang-pejuang maruah negara. Anda memang hebat!!!! Vietnam...keangkuhan mu memakan diri sendiri.

Sekarang aku nak jerit kuat-kuat...gollllllllllllllllllllllllllllllllllll...... (Agak2...angkuh tak aku? Hik3..)

Thursday, December 17, 2009

Fakta atau Auta

Hari ni aku nak punch card tepat2 jam 5.00pm. Korang semua pun sama tau. Kita balik awal utk menyaksikan perlawanan akhir bolasepak sukan sea ke xxv. Jgn risau, kerajaan dah menyarankan kpd semua majikan utk membenarkan staf-stafnya pulang awal. Lagi pn bukan kt mengulor pn. Perlawanan antara Msia & Vietkong..eh..eh..Vietnam la, pasti sengit.

Bersempena dgn demam mengejar pingat emas dalam acara bolasepak ni, aku nak kongsi sedikit fakta yang aku tahu. Tp kalau fakta ni tak berapa tepat, korang jgn la marah ea. Anggap jer auta santai untuk pengetahuan bersama.

1. Aku sentiasa confused nama sebenar jurulatih skuad Malaysia yg tepat. Samada K. Rajagobal atau K. Rajagopal. Dah buat semakan, ramai yg mengeja Rajagobal dan ada juga Rajagopal. Harap2 dia baca entry aku ni n menyatakan ejaan namanya yg tepat.

2. Skuad bolasepak ke sukan Sea mesti terdiri daripada mereka yg berumur tidak melebihi 23 tahun. So jgnla ada yg bertanya kenapa tak turunkan Amri Yahya atau Inderaputera Mahyudin dalam team kali ni. Dorang dah melepasi umur yg dihadkan.

3. Skuad sukan Sea kali ini disertai oleh adik beradik kembar anak kepada En. Abdul Radzak. Iaitu Mohd Aidil Zafuan dan Mohd Zaquan Adha.

4. Uniknya nama dorang, ada perkataan jika digabungkan membentuk perkataan Aidil Adha. Ini mungkin kerana mereka lahir pada bulan Zulhijjah (raya Aidil Adha dalam bulan ini). Aku dah buat semak mengikut sistem kiraan penyamaan tarikh masihi dan bulan islam yer.

5. Tips utk membezakan nama mereka, Zafuan (F) dan Zaquan (Q)..dari turutan abjad, F lebih dulu disebut berbanding Q. So senang nak ingat kan, Zafuan lahir dulu dari adiknya, Zaquan.

6. Jersi Zafuan bernombor 7, manakala Zaquan no 8.

7. Zafuan berada pada posisi pertahanan, manakala Zaquan sebagai penyerang.

8. Kedua-dua adik beradik ni menyukai artis sebagai pasangannya. Zafuan + Rita Rudaini, Zaquan + Ayu Raudhah (adik Rozita Che Wan). Mungkin sebab mereka punyer wajah n personaliti komersial cam artis jugak kot. Kalau tak berkecimpung dlm sukan, mungkin dah jadi pelakon.

9. Chef-de-mission ke Sukan Sea baru-baru ni menyatakan, mungkin tak kisah kot jika sasaran 30-35 pingat emas kali ni tidak tercapai, memadai sekiranya bolasepak dapat pingat emas. Bongek la dia. Mana blh dia ckp camtu, melemahkan atlit game-game lain.

10. Yg bestnya kalau bolasepak menjadi juara sukan sea, pingat paling byk diperolehi bagi acara ini. Sekurang2nya 11 pingat emas dikalungkan kepada pemain.

Ini jer la apa yg ada dalam kepala utk aku kongsi bersama. Kalau tak tepat, maaf la ek. Just untuk info infi bersama. Adiossss..

Wednesday, December 16, 2009

KAWAN

Pendek jer aku nak bagitahu...

Kalau aku punyer satu ikatan, e.g: berkawan. Aku akan jd kawan yg baik. So aku pn harapkan kawan itu akan baik dgn aku. Kalau aku dah terkena dgn sikap yg macam-macam. Kalau sekali dua...masih blh berkira lagi. Tp kalau sampai tahap aku rasa tepu...mintak maaf utk aku terima semula sbg kawan. Dengan kata lain bila hati dah tawar....tanpa sebarang ulasan...aku takkan layan lagi. Cari la kawan lain yg lebih best dari aku.

Tuesday, December 15, 2009

Sukan Sea Vientiane - BOLASEPAK MSIA KE FINAL!!!

ALHAMDULILLAH....ku panjatkan kesyukuran kepada Ilahi. YAHOOOOO....Akhirnya setelah menunggu sejak 1997, skuad bolasepak Msia mara sekali lagi ke final. Khamis ni (17 Dis 2009) kita akan menganyang skuad bolasepak Vietnam.

Dengan segala rintihan dan rayuan dari rakyat jelata, RTM selaku media kerajaan memenuhi hajat menyiarkan siaran secara langsung melalui RTM2. Tahniah dan terima kasih RTM!

Semalam cepat-cepat aku pulang dari opis. Ianya bagi memastikan tak tertinggal setiap aksi perlawanan yang disiarkan. Aku jangkakan berjuta penduduk Msia yg lain melakukan perkara yg sama. Tepat pukul 8.00pm dgn menatang pinggan yg telah diisi nasi beserta lauk2nya, terus aku tempah duduk di depan tv bersama Fikri(anak buah). Tak ketinggalan sama mak dan bapak.

Sukar nak digambarkan perasaan ketika sepak mula dilakukan. Kami sama-sama merasa keterujaan bila jaringan menarik Baddrol Bakhtiar pada minit ke-13 memastikan penguasaan Malaysia pada separuh pertama.

Menunggu masa penamat 45 minit yang pertama menjadikan hati sentiasa berdebar kerana skuad Laos melancarkan serangan demi serangan. Bermulanya separuh masa kedua debaran di dada bertambah kencang. Akhirnya, pasukan tuan rumah bangkit dengan memperoleh jaringan penyamaan hasil rembatan jauh Kanyala Sysomvang pada minit ke-72. Apa pun, Baddrol pantas meletakan Malaysia sekali lagi mendahului 2-1 menerusi jaringannya pada minit ke-78. Safiq Rahim menamatkan sisa-sisa peluang Laos yang beraksi di depan lebih 20,000 penyokong di Stadium Utama Kompleks Sukan Nasional Laos, dengan gol ke-3 pada minit ke-84.

Itulah sedikit ulasan hasil dari penontonan dari RTM2. Entry aku ni dah macam skrip Hj. Hasbullah Awang pulak. Sesuai la kot, sebab dia digelar pengulas ala2 poyo, namun poyo bukan sebarang poyo, poyo berfakta. Mungkin aku ada tempias style dia kot. Hehehe.

Apa yang pasti sepanjang perlawanan berlangsung hormon adrenalin meningkat sama tinggi dengan degupan jantung. Berdebar-debar supaya Msia tidak kecundang.

Tahniah Rajagobal selaku jurulatih dan juga skuad bimbingannya. Apa yang diharapkan, pujian dan sanjungan lapisan masyarakat Msia ketika ini tidak menjadikan skuad Msia terlena dan alpa. Lunaskan satu lagi cabaran pada 17 Disember ini. Buktikan kekalahan pada Vietnam tempohari adalah disebabkan oleh pengadil yang hampehhh dan berat sebelah. Inilah detiknya untuk skuad negara menggengam kilauan emas setelah 20 tahun kita kempunan. Ayuhhh sama-sama kita sasarkan kejayaan gemilang. MALAYSIA BOLEH!!

Adiossss...

Monday, December 14, 2009

YUHOOOO...Sukan Sea XXV Vientine

Detik-detik menjelang 2010...
Hari ni seperti hari2 yg lepas. Mood yg biasa2 jer. Tak ada keterujaan utk update blog. Sehingga la aku mendapat mesej dari seseorang yg memaklumkan dia still membaca entry2 di "Redah jer..." wl telah lama blog hijau ni tak dikemas kini. Seperti mendapat semangat baru, terus aku gagahkan mengupdate blog selepas waktu opis. Tq sudi ke Redah jer....
Aku maklum...blog ni seperti dah bersawang...mungkin lebih sesuai kalau aku guna perkataan yg Izz bagi..."dah berpuaka pn"... Itulah izz, wl laser tp aku still blh bersembang n bergurau. Iyer la dah kami memang sama2 saling mengutuk. Actually dia dulu x-student aku...yg gonjeng n nakal. Hahaha...sori la izz, wa bongkar sedikit rahsia lu.
Dgn terbitnya sedikit kerajinan, aku amik kesempatan utk mengulas dan beri sedikit pendapat berkaitan Sukan Sea yg ketika ini berlangsung di Vientiane ~ ibu negara Laos.
Ulasan aku ialah berkaitan tiadanya penyiaran secara langsung di tv bagi acara2 yg dipertandingkan setiap hari. Mengikut makluman dari tv dan juga suratkhabar, Msia tidak dapat membuat penyiaran secara langsung tv kerana kos yang mahal utk dibayar kepada Thailand yg mendapat hak penyiaran dari kerajaan Laos. Kuang assam betul Thailand. Dah nama pn sukan persahatan, jgn la nak untung giler2. Marah la pulak...hehehe..Agak2 la. Rasa-rasanya kalau Abhisit Vejjajiva, PM Thailand baca entry ni, confirm aku takkan dibenarkan masuk ke Thailand untuk satu tempoh tertentu. Sawadikap.
Pada awalnya takla menjadi isu utk aku fikirkan secara mendalam. Tp bl dah bermacam pendapat disuarakan oleh lapisan masyarakat Msia yg terlepas perlawanan penting bolasepak antara Thailand dan Msia, dan kebetulan (ok ker guna perkataan kebetulan?) Msia menang dgn juara bertahan tersebut. Lebih ramailah dorang2 ni menyuarakan tidak puashati kerana tiada siaran langsung bagi acara tersebut. Mereka menyuarakan (termasuk aku) kerajaan tak peka dengan semangat n maruah nasional.
Sejujurnya pada mulanya aku bersetuju dengan kerajaan tak dapat nak menyiarkan secara langsung siaran tv. Kerana dikatakan perlu membelanjakan RM1 juta untuk membeli hak siaran tersebut. RM1 juta...mahal tu. Bak kata Menteri Belia dan Sukan, kalau wang sejumlah tu dirasakan lebih berbaloi untuk pembangunan rakyat, tak kisah la takde siaran langsung pn. Menteri tu kata lagi, Sukan Sea sekadar lebih kepada merapatkan ikatan persahabatan antara negera-negara yg bertanding. Ianya bukan la temasya besar seperti Sukan Komanwell atau Olimpik.
Tp kan bl aku baca pendapat yg menyatakan bahawa kerajaan tak bersungguh-sungguh dalam pembangunan sukan kerana tak buat penyiaran tv, aku amat bersetuju. Bl difikir2kan memang janggal takde siaran langsung seperti mana yg selalunya rakyat Msia dapat saksikan seperti sebelum2 ni.
Apabila ada siaran tv kebiasaannya aku seisi rumah akan duduk sama2 menyaksikan utk memberi ulasan dan sama2 menyokong. Secara tak langung ianya dapat memupuk semangat kekeluargaan aku (yela tu..hik3). Dan yg dapat aku perhatikan sedikit sebanyak memberi implikasi untuk anak2 buah aku punyer minat dalam sukan. Betul aku ckp ni.
Alasan untuk menjimatkan duit, atau dgn kata lain, tak nak membazir wang rakyat adalah tak tepat. Kerana nilai disebalik siaran sukan melebihi nilai ringgit. Dengan sukan akan menerbitkan sifat2 positif. Antaranya, blh memupuk semangat 1Msia yg PM kt war2kan selalu. Dengan sukan gak anak2 muda tak cukup akal, tak la membuang masa membuat hal2 mengarut.
Yang utama, kita semua rakyat Msia akan sama-sama memberi sokongan moral kepada atlit-atlit yg bertanding. Paling tak akan terbit dalam benak mereka, "aku akan buat yg terbaik...mak ayah serta sanak saudara nak tengok kehebatan aku kat tv". Baru la kt dapat sama2 merasai susah senang dan menyelami semangat kental mereka. Kenapa aku cakap camni...sebab hari tu air mata aku hampir menitis gembira dan terharu bl atlit Pandelela Rinong (terjun papan anjal) bercakap depan tv " mak...sy dapat pingat emas". Masa tu seolah2 aku yg bercakap bagi pihaknya...iyer la aku sendiri kan pernah menyertai pertandingan sukan. So aku dapat la rasa apa yg dia rasa.
K kawan2...samada korang setuju atau tidak, atau pn tak menjadi hal pada korang untuk difikirkan sama, tak kisah la..ni sekadar pendapat dari aku yg marhaen..serta jiwa kental atlit...MALAYSIA BOLEH!
Adiossss...

Monday, November 16, 2009

TRIBUTE ~ EN. HARRIS FADZILAH RAHMAT


Entry ini didedikasikan kepada ENCIK HARRIS FADZILAH BIN RAHMAT a.k.a CIK REDS.

Sebilangan besar warga KPYPJ terutama staf HQ telah mengetahui hari terakhir Haris bertugas..iaitu pada 13 Nov 2009. Bersempena dgn peninggalannya dari KPYPJ aku dedikasikan sedikit catatan dan paparan gambar utk menjadi tatapan dan kenangan kt bersama sebagai rakan staf juga Geng's P&P.

Secara peribadinya aku mengenali beliau ketika mula bertugas kali kedua di HQ pada tahun 2005. Seingat aku antara sejarah awal yg menjadikan kami geng's kerana sama2 punyer minat yg sama. Iaitu minat pada Ping Pong. Kami akan berpingpong selepas waktu opis (ada gak main sebelum waktu opis..hehe). Ketika itu aku bertugas di Bahagian Hal Ehwal Korporat bersama Kafi. Harris n Shahrul di Unit Komputer. Turut serta berkongsi minat ialah Halim serta Atie.

Ketaksuban pada pingpong adakalanya kami akan datang ke opis (level M) pada hari cuti terutama hari Sabtu. Yang pasti Haris selalu bergandingan dgn Shahrul. Aku berganti2 pasangan (gilak) samada dgn Kafi, Halim, Shahrul or Atie. Jarang sekali aku nak bergandingan dgn Haris. Rasanya tak pernah kot. Kami akan saling cabar mencabar serta perli memerli. Masing2 mengaku terror or hebat. Sebab tu kami menggelar diri masing2 sebagai Musuh Ketat. Namun....itu semua tidak menjadikan kami renggang or bermusuh. Malahan ianya menjadikan kami bertambah erat sbg geng's.

Dan seingat aku...pada tahun 2008 la, wujudlah Geng's Poya & Poyo (Geng's P&P). Ahlinya terdiri dari Kafi, Halim, Haris, Madam M, Leah serta aku sendiri. Wlau tanpa sebarang pendaftaran rasmi di SSM...namun kami aktif melakukan aktiviti terutama di dalam meraikan sesuatu keraian. Yang mana aktiviti lebih kepada jalan-jalan dan makan-makan serta bergelak ketawa.

Ini juga sebenarnya yg berlaku semasa Farewell Party utk Harris di Johnny's tempohari. Wl hakikatnya kami bersedih kerana salah sorang ahli telah meninggalkan KPYPJ, namun bl bertemu antara geng's...gelak ketawa lebih menguasai diri keadaan bermuram durja. Kerana kami yakin, wl terpisah tak bererti kami akan berpisah kerana byk perantaraan yg blh menghubungkan kami.

Untuk Harris imbaskanlah semula kenangan bersama sbg Geng's P&P dgn melihat paparan gambar yang lampirkan.

3 teraju utama kaum lelaki di Geng's P&P

Slh sorang peserta di dalam program Fotografi anjuran Naham Photo (belongs to Harris)


Sentiasa membawa kameranya kemana2. Dah nama pn jurugambar kan. Rakaman gambar di Senibong meraikan harijadi Madam MR


Ni bukan selepas berpingpong ea.. tapi saja.. sama2 kerek dgn Leah memakai jersi Harimau Malaya.



6 orang ahli termasuk aku yg mengambil gambo


Program motivasi sebelum Pesaya Kuantan berlangsung. Mereka berdua memang syerasi bersyama.


Geng bersama Pai Cheung Lang. Bl nak sign up dalam Geng's Pai?

Bersama blogger yg memang dicari2 sebelum Pesaya lagi. Jumpa pun di blog.
Puan Serina @ Seri Inai dari Yayasan Sabah


Bersama atlit Yayasan Sarawak Cik Melati, sorang atlit tegar dari Bumi Kenyalang.



Aktiviti larut pagi di Danga Bay. Skema + santai.

Turut serta star badminton yg sporting. Sha & Ija.

Bertugas sbg Ajk di majlis konvokesyen. Sehari sebelum di dalam dewan Majlis Agama Islam Johor.


Majlis berbuka 1430 puasa gabungan ahli Naham Photo n Geng's P&P

Sambutan hari jadi bersama dgn geng's yg lain. Halim n Leah.


You're Leaving! Kata2 di kad ucapan dari kami, Geng's P&P.


Good Luck & You'll Be Missed


Dalam kesedihan...Madam gagahkan juga utk tersenyum...Halim??

Merenung makanan sebelum di baham...


Tersenyum2 menunggu sup mendidih. Perut dah lapar ni...


Woww...ini la set steamboot di Johnny's set utk 4 org. Tak terabih pn...wl masing2 hebat dlm pemakanan.


Brand cenderahati dari Geng's P&P. ARROW usa 1851 -Premium Collections.

Set tali pinggang dan dompet. Harap dipergunakan hadiah yg tak seberapa ini dari kami semua.
Ini saja yg dapat sy kongsikan bersama waktu ini. Moga ada ruang n kesempatan lagi untuk kt sama2 beraktiviti sbg Geng's P&P..wlpn Cik Reds kini dah jauh bertugas di Endau, Mersing sana sebagai seorang Pengurus. Hebat tuuu. Adiosss